Thursday, 21 July 2011

> Kopi Janda - 25 gm sachet

Kandungan 25 gram bagi setiap sachet

Bancuhan 1 sachet bagi setiap 250 ml (satu cawan)

> Khasiat 'Ekstrak Tongkat Ali' dalam Kopi Janda

Tongkat Ali adalah sejenis herba yang tidak asing lagi kepada pengamal perubatan tradisional di rantau ini (Asia Tenggara) sejak turun-temurun. Di Indonesia pokok ini dikenali dengan nama Pasak Bumi. Di Vietnam pokok ini dikenali dengan nama Cay ba binh yang bermaksud ‘tumbuhan penyembuh 100 jenis penyakit’.

Memang tepat dengan panggilan yang diberikan kepada pokok ini kerana Tongkat Ali terbukti berhasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Nama saintifiknya ialah Eurycoma Longifolia Jack. Di kalangan masyarakat kita, apabila sahaja disebut Tongkat Ali ramai yang mengaitkan dengan masalah keupayaan seksual lelaki.

 Rupa pokok Tongkat Ali hampir sama dengan pokok sentang. Batangnya lurus tegak, daunnya berpelepah dan sifat yang sangat ketara ialah akar tunjangnya besar dan lurus. Pokok yang berumur 10 -15 tahun, panjang akar tunjangnya boleh mencapai antara 6 - 9 kaki dan biasanya tidak mempunyai akar cabang. Mungkin itulah sebabnya maka pokok ini diberi nama Pasak Bumi.

Tongkat Ali tumbuh secara semulajadi di hutan tropika yang berbukit bukau di negara-negara Asia Tenggara meliputi negara Myanmar, Thailand, Vietnam, Malaysia, kepulauan Borneo dan Indonesia. Dalam keadaan habitat asalnya pokok Tongkat Ali dikatakan lambat membesar. Untuk mencapai peringkat matang (berbunga) pertumbuhannya mengambil masa selama 10 -15 tahun. Bagi pokok yang ditanam di ladang peringkat matangnya adalah lebih awal iaitu antara 5-7 tahun.

Dalam amalan perubatan secara tradisional hanya bahagian akar pokok Tongkat Ali sahaja yang digunakan. Akar yang dicabut akan dipotong nipis kemudian dikeringkan beberapa hari sebelum digunakan.

Mengikut amalan tradisional, akar Tongkat Ali yang telah cukup kering direbus dengan tiga cawan air sehingga menjadi satu cawan.

Cara ini adalah amalan biasa yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk mendapatkan pati herba. Air rebusan Tongkat Ali ini diminum dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.

Tongkat Ali mempunyai pelbagai hasiat untuk penjagaan kesihatan badan. Khasiat utama akar Tongkat Ali ialah untuk kekuatan tenaga batin lelaki serta perempuan yang ada kaitan dengan meningkatkan keinginan seks.

Banyak kajian yang dilakukan oleh pakar perubatan dan ahli penyelidik luar dan tempatan berhubung dengan perkara ini. Dr. Bakti Nitisastro Taufik B.A dari Ka Puskesmas T.N Kodya Tanjung Balai, Indonesia membuat penyelidikan mendapati Tongkat Ali baik untuk kekuatan tenaga batin lelaki dan perempuan.

Kajian kesan pengambilan akar Tongkat Ali secara berterusan mendapati pengamal mempunyai perjalanan darah yang lancar dan tidak menghadapi sakit urat saraf serta mempunyai daya tenaga badan yang luar biasa.

Seorang penyelidik dari Jabatan Farmasi USM Dr. Ang Hooi Hoon juga memberi kenyataan pengambilan air akar Tongkat Ali boleh meningkatan keinginan seks, prestasi dan ketahanan. Kenyataan beliau telah disokong oleh hasil kaji selidik Dr. Johari Mohammad Said dan Noraniza bt. Aminuddin dari Universiti Malaya terhadap beberapa orang sukarelaan lelaki bahawa selepas mengambil Tongkat Ali selama seminggu, arastiter testosteron lelaki boleh meningkat hampir 480%.

Testosteron adaiah sejenis hormon yang diperlukan untuk merangsang keinginan seks.

Dalam satu lagi kajian yang dibuat oleh Dr. Johari Mohammad dan Noraniza Aminuddin mendapati Tongkat Ali juga mampu menentukan jantina dan meningkatkan kesuburan sperma.

Kajian dibuat dengan menyuntik 3 ekor tikus jantan dengan ekstrak Tongkat Ali dan 3 ekor tikus jantan lain tidak disuntik. Tikus-tikus jantan ini dimasukkan dalam sangkar berasingan dengan pasangan masing-masing.

Daripada pemerhatian didapati 3 ekor tikus jantan yang disuntik ekstrak Tongkat Ali lebih kerap melakukan aktiviti seks berbanding dengan 3 ekor tikus jantan yang tidak disuntik. Kajian juga mendapati pasangan tikus-tikus jantan yang disuntik telah mengandung. Daripada pembedahan yang dilakukan ke atas tikus-tikus betina tersebut didapati benih-benih yang telah disenyawakan (sperma) terdiri daripada 90% sperma jantan.

Anti malaria

Sejak awal tahun tujuh puluhan, beberapa pusat penyelidikan perubatan telah mencari penawar anti malaria plasmodium falciparum iaitu satu daripada empat jenis demam malaria yang telah dikenal pasti. Malaria plasmodium falciparum sangat merbahaya sehingga boleh membawa maut. Tidak seperti malaria lain, plasmodium tidak boleh dirawat dengan menggunakan Choloquire iaitu ubat anti malaria yang biasa; digunakan ( Miller er. - al. 1986).

Pada tahun 1997 sekumpulan penyelidik perubatan Dr. Gimlettle dan Thomson telah berjaya membuktikan Tongkat Ali boleh menawar semua jenis demam malaria termasuklah malaria plasmodium.

Sumber:
http://fazlisyam.com/2008/04/25/khasiat-tongkat-ali/

> Khasiat 'Habatus Sauda' dalam Kopi Janda

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir, Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habatus Sauda ini ialah satu supplement/ ubat yang membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat.

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi - Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine - Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor - Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation) - Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu - Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2 tahun lalu.

Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-

Ibnu Sina - Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Ibnu Qayyim - Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller - Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")

Professor Michael Meurer - Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)

Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”
(HR.Bukhari, Muslim)

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.

Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:
~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
~ polysaccharide
~ fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
~ amino acid yang membentuk protein
~ karotene iaitu sumber vitamin A
~ kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

Sumber:
http://anizyn.blogspot.com/2009/04/khasiat-habbatus-sauda.html

> Khasiat 'Halia' dalam Kopi Janda

Halia berasal dari Asia Tenggara dan kini ditanam secara meluas di Jamaica dan beberapa kawasan tropika. Akar halia terkenal sebagai herba yang digunakan untuk masakan dan juga perubatan. Halia telah digunakan oleh pakar herba China lebih 2,500 tahun lalu.

Khasiat Halia

Sejak zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.

Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat artritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.

Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman.

Bagaimana Menggunakan Halia

>> Dihiris atau ditumbuk untuk digunakan dalam masakan.

>> Campuran akar halia dan ekstrak limau nipis membantu melegakan penghadaman. Ia juga boleh dijadikan minyak dan disapu di bahagian yang sakit.

>> Halia segar yang dibuang kulit boleh dimakan setiap empat jam tetapi tidak lebih tiga kali sehari untuk melegakan masalah perut. Teh halia boleh diminum beberapa beberapa kali sehari.

Cuba minum segelas teh halia untuk meredakan masalah selesema. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tenaga dalam halia dapat memanaskan paru-paru dan perut. Untuk membuat teh halia cuba resipi mudah ini.

>> 4 gelas air
>> 2 inci halia segar
>> Hirisan lemon dan madu (sebagai penambah perisa)

Kupas dan hiris akar halia. Isikan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih. Tambah sehiris halia ke dalam air yang mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 15-20 minit. Tapis, tambah lemon dan madu sebagai penambah perisa

Maklumat Tambahan Mengenai Halia

Selain pelbagai khasiat yang terkandung dalam halia, berita baik kepada semua, halia tidak mempunyai sebarang kesan negatif dan selamat diambil dalam bentuk apa sekali pun.

Kapsul halia perlu diambil bersama segelas air. Halia boleh diambil sehari selepas seseorang menjalani pembedahan untuk mengurangkan rasa loya. Bagi mereka yang menjalani rawatan radioterapi atau kemoterapi, pengambilan halia mampu mengurangkan kerengsaan perut.

Lain-lain Khasiat Halia

>> Mengubati selesema dan asma
Pengamal perubatan tradisional mencadangkan pesakit selesema dan asma mengunyah halia segar atau minum teh halia ataupun perahan jus akar halia bersama satu camca madu.

>> Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol
Sakit-sakit pada otot dan sendi juga dapat diatasi dengan penggunaan halia. Untuk otot yang sakit, minyak halia dicampurkan dengan minyak neutral lain dan digosok ke bahagian tersebut.

>> Mengubat batuk
Dengan menghisap hirisan halia dapat melegakan batuk dan gatal-gatal tekak. Amalan ini lebih mujarab jika air halia dicampur dengan sedikit madu.

>> Menghilangkan bau mulut
Halia memang berkesan menghilangkan bau mulut yang menimbulkan ketidakselesaan. Hiris halia dan rebus hingga mendidih. Biarkan sejuk seketika dan minum. Atau tumbuk halia hingga lumat dan kemudian tapis. Campur dengan air yang sudah dimasak. Amalkan minum air halia tersebut waktu pagi dan petang.

Sumber:
http://infowanita.blogspot.com/2010/05/khasiat-halia.html

> Khasiat 'Garam Bukit' dalam Kopi Janda

Garam bukit merupakan salah satu jenis garam yang kita gunakan seharian dalam makanan. Tetapi bukan garam biasa yang digunakan untuk masakan seharian.

Asal-usul Garam Bukit

Ia lebih dikenali sebagai GARAM KRISTAL GUNUNG HIMALAYA adalah garam bukit yang berasal dari kawasan gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia.

Berbeza Dengan Garam Biasa

Garam Gunung Himalaya ternyata berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam memudaratkan apabila proses “pembersihan” turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu bekerjasama dengan sodium. Garam merupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang boleh dinikmati dan tidak semestinya ditakuti kemudaratannya.

Kebaikan Garam Bukit

Kalau anda perasan ada ketenangan, nyaman, selesa bila ditempat-tempat seperti dihutan, bukit-bukit, kawasan pergunungan, air terjun, tepi pantai atau pun selepas hujan lebat. Ini adalah kerana di tempat tersebut dan juga selepas hujan lebat, kandungan ion negative adalah lebih tinggi pada ketika itu yang menghasilkan elektrikal balance atau dipanggil ionic balance.

Garam bukit menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya. Ia berfungsi sebagai pemangkin dalam tindak balas kimia oleh itu sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.

Bagaimana Pula Dengan Garam Lampu Bukit?

Sama sahaja dia punya kebaikannya, cuma dari segi psikologi ia dilihat sedap mata memandang, fikiran, dari segi bentukknya, dan apabila ia berada disekitarnya, misalnya di letak pejabat-pejabat, ia melepaskan ion-ion yang bagus untuk tubuh manusia dan juga tumbuhan sekelilingnya.

Kebaikan Garam Bukit Yang Lain

-Meneutralkan dan mempertingkatkan kualiti udara
- Mengurangkan pencemaran udara
- Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asthma
- Mepercepatkan proses penyembuhan luka akibat terbakar
- Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria
- Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara rumah
- Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita
- Melegakan resdung, migrain, pening kepala, demam panas dan serangan selsema
- Meningkatkan tahap produktiviti kerja/kosentrasi
- Meningkatkan kapasiti denyutan jantung
- Mengurangkan perasaan cemas/bedebar-debar
- Mempengaruhi tanhap serotomin dalam aliran darah

Apa itu Ion Negatif?

Berbilion-bilion ion negatif dihasilkan secara semulajadi melalui angin, cahaya matahari, air terjun, hujan ribut dan buih ombak. Tempat-tempat ini membekalkan udara yang sungguh menyegarkan untuk kebaikan kita. Secara amnya satu ion negatif adalah molekul oksigen yang dicajkan secara elektronik. Ion positif dalam udara adalah molekul yang telah kehilangan elektronnya melalui proses pencemaran udara.

Dr Albert P. Krueger, seorang ahli mikrobiologi dan ahli patologi ujikaji di Universiti California, mendapati bahawa kuantiti Ion Negatif yang kecil boleh membunuh dan menyingkir bakteria dalam udara dengan cepat. Jadi, dengan itu ia dapat mengurangkan kemungkinan jangkitan kepada orang. Kajian saintifik menunjukkan Lampu Garam Bukit boleh meningkatkan Ion Negatif (vitamin udara) sehingga 300 atau 3 kali ganda.

Kajian saintifik Institut penyelidikan Bio-Fizikal Jerman mendapati pelepasan haba daripada batu garam kristal mampu memulihkan kualiti udara. Garam adalah bersifat semulajadi (neutral) permukaan garam akan mnyerap lembangan dari udara. Apabila dipanaskan, ia akan melepaskan semula zarah-zarah ion negatif ke udara. Ion-ion negatif ini mampu membunuh bakteria dan membersihkan udara walaupun dalam kuantiti yang kecil.

Mana nak cari?

Ada banyak sekarang, di Malaysia memang meluas penggunaannya. Sekarang ini bermacam-macam produk dipelbagaikan untuk garam bukit ini. Ada yang buat sabun, Garam Bukit Mandian & Rendaman Kaki, Garam Bukit Ionik & Organic digunakan untuk dalam masakan, produk yang diminati ramai ialah lampu garam bukit.

Sumber:
http://zikrihusaini.com/garam-bukit/

> Kopi Janda Ais


> Cara Penyediaan Kopi 'Janda Ais'

Untuk rasa lemak manis, tambah sedikit 'susu pekat'...

> Pesanan Belian/ Order Kopi Janda via Internet


1) Harga/ Price:
Janda Ais: RM11/pouch bag (cadangan jualan/ propose price: RM13-15)
Kopi Janda: RM18/papan (cadangan jualan/ propose price: RM21-23)

2) Penghantaran/ Delivery:
via Courier: RMxx.xx

3) Minima/ Minimum Order:
a) Janda Ais: 1 kotak (24 pouch bag x RM11) = RM264.00
b) Kopi Janda: 1 kotak (20 papan x RM18) = RM360.00

4) Cara Pembayaran/ Mode of Payment:
Bank-In, ATM or Internet Transfer, Cash Deposit.
Pay to:
a) 'Janda Product Marketing', CIMB 1-43400-00471-100 (Current Account)
b) 'Md Zulaimi bin Kazin', MBB 1-62209-99371-9 (Saving Account)
Note: Md Zulaimi bin Kazin is the CEO of the company 'Janda Product Marketing'


5) Fax/ email/ call or sms data 'bank-in' prove of payment/ bukti pembayaran:
a) Date/ Time of transaction
b) Amount (RM)
c) Which bank account? (MBB or CIMB)

6) Contact info:
a) Fax: +603-4147 4771
b) Tel: +603-4147 5771/ 1561
c) Sms: +6017-535  3007, +017-557 3007
d) Email: zulaimi@gmail.com or squadcakna@gmail.com

6) Product will be delivered/ couried as per confirmation.

7) Or Walk-In Customers are Welcome.
Atau datang sendiri ke Pejabat Kami untuk rundingan harga (peta lokasi disertakan)

> Bahan-bahan dalam Kopi Janda

 Garam Bukit









Habbatus Sawda'

Halia











Ekstrak Tongkat Ali